Dagangan Emas dan Perak

Buka Akaun Sebenar Buka Akaun Amalan
CFD Trading is high risk. You may lose more than you invest.

Pergerakan harga Emas dan Perak yang tidak menentu menjadikannya sangat menarik bagi para pedagang kerana adanya potensi untuk menjana keuntungan dengan cepat. Platform Metatrader 4 XGLOBAL Markets membolehkan pelanggan kami berdagang logam berharga dengan spread terendah pasaran dalam persekitaran STP sebenar.

Faedah utama dagangan Emas dan Perak secara online dengan XGLOBAL Markets

Dapatkan Alat Dagangan yang Anda Perlukan

Dagangan logam berharga adalah sangat menarik memandangkan turun naik harga pasaran yang berlaku dalam tempoh yang singkat. Para pedagang memerlukan peralatan yang sesuai untuk mengambil kelebihan daripada pergerakan tersebut. XGLOBAL Markets menyediakan platform yang dilengkapi dengan carta dan alat yang membolehkan pelanggan berdagang logam berharga, secara online dengan mudah.

Dagangan Emas secara Online

Spot dagangan emas merupakan instrumen dagangan menarik yang meningkatkan populariti emas dikalangan pelabur sebagai sebahagian daripada pelaburan yang selamat. Membeli dan menjual emas secara online melalui MT4 dengan spread terendah pada leverage tertentu kerana harga turun naik adalah disebabkan oleh pergerakan pasaran atau berita.

Dagangan Logam Berharga dengan Spreads Terendah dan Tanpa Komisen

XGLOBAL Markets merupakan tempat yang ideal bagi dagangan Emas dan Perak memandangkan pelanggan kami sentiasa menerima spread yang kompetitif dan pelaksanaan pasaran sebenar melalui model perniagaan STP. Spread Emas ditetapkan pada 30 pip manakala Perak pada 3 pip sahaja serta tanpa caj komisen atau pertukaran. Dengan meningkatkan syarat-syarat dagangan logam berharga, XGLOBAL Markets membolehkan pelanggan memaksimumkan tahap potensi keuntungan mereka.

Leverage Dagangan Anda Dengan Akses Pasaran Secara Langsung

Leverage Emas dan Perak ditetapkan pada 1:50 secara lalai. Platform Metatrader 4 XGLOBAL Markets membolehkan pelanggan meletakkan dagangan secara langsung tanpa sebutan semula atau kelewatan bermula dari 0.01 saiz lot beserta kenaikan 0.01 sehingga maksimum 200 lot. Ini menjadikan XGLOBAL sebagai tempat yang sesuai untuk kesemua pelabur institusi dan runcit.

A broker on your side