Pilihan Deposit

Di XGLOBAL Markets, kami memahami keperluan pelanggan untuk mendepositkan dana ke akaun dagangan mereka. Para pelanggan bukan sahaja dapat menggunakan kemudahan yang ditawarkan oleh pilihan deposit bahkan juga mengenai keselamatan kesemua transaksi elektronik. Ini adalah antara sebab mengapa kami memilih untuk memberikan kaedah pembiayaan terbaik.

Buka Akaun Sebenar Buka Akaun Amalan
CFD Trading is high risk. You may lose more than you invest.

Ciri-ciri Utama

Deposit Kad Kredit

Ini boleh dikatakan kaedah termudah dan pilihan mendepositkan dana ke akaun dagangan anda. Pembayaran melalui Kad Kredit secara online adalah jalan penyelesaian pemprosesan deposit yang biasa digunakan oleh para pedagang. Ia bukan sahaja merupakan gerbang pembayaran, ianya selamat, dipercayai, serta diiktiraf di peringkat antarabangsa. XGLOBAL Markets menerima semua Kad Kredit termasuk MasterCard, Visa dan Visa elektron. Tempoh masa pemprosesan adalah serta-merta.

Skrill

Dahulu dikenali sebagai Moneybookers, adalah merupakan pembekal pembayaran elektronik tetap yang menjadi kegemaran bagi transaksi kewangan secara online. Sebagai salah satu sumber yang dipercayai dalam sistem pembayaran dompet digital, ia mengekalkan keselamatan yang ketat dalam kesemua aspek dengan reputasi terbaik serta disokong oleh Pihak Berkuasa Pengawalan Kewangan. Proses pendaftaran adalah mudah dan pemindahan dipermudahkan hanya dengan e-mel.

NETELLER

Dengan menawarkan pelbagai pilihan pembayaran, NETELLER telah berkembang popular di kalangan Broker Forex. Ia disokong oleh Pihak Berkuasa Pengawalan Kewangan bagi peraturan-peraturan wang elektronik. Kesemua urus niaga diproses serta-merta.

Bagaimana Anda Memproses Deposit Online?

Untuk mendepositkan dana dalam akaun dagangan anda dengan pantas dan mudah.

1

Klik di sini untuk membuka akaun dagangan sebenar

2

Klik pada pilihan Deposit yang berada di sudut kiri atas dalam bahagian log masuk anda

3

Pilih pilihan Deposit yang anda ingin gunakan

4

Masukkan jumlah yang dikehendaki untuk didepositkan

5

Ikuti arahan pada skrin untuk melengkapkan transaksi anda dengan selamat

6

Dana akan dikreditkan ke dalam akaun dagangan anda dengan segera

Adakah ianya Selamat untuk Menggunakan Pilihan Deposit Online kami?

Menggunakan pilihan deposit secara online dengan XGLOBAL Markets adalah selamat dan terjamin. XGLOBAL Markets menggunakan pelbagai sistem keselamatan – Pengesahan bagi butiran anda disulitkan supaya ia kekal selamat pada setiap masa. Kami mengutamakan perlindungan data dan rahsia pelanggan.

Bagaimana Anda Boleh Memproses Menggunakan Bank Wire Transfer?

Untuk Bank Wire Transfer, anda hanya perlu memilih pilihan deposit melalui Bank dalam ruang keahlian anda. Anda akan dibekalkan dengan satu borang yang memaparkan kesemua maklumat perbankan yang diperlukan untuk melengkapkan transaksi anda. Ia biasanya mengambil masa dua hingga tiga hari waktu bekerja untuk dana sampai dan apabila dana muncul dalam akaun bank ia akan dimasukkan ke dalam akaun dagangan anda dengan segera.

A broker on your side